DramaSlot Akasia TV3

Drama Kerasnya Takdir

Drama Kerasnya Takdir akan mula bersiaran pada 22 April 2023 setiap hari pada pukul 7:00 malam di slot Akasia TV3. Diadaptasi dari novel karya Haitun Kamarazaman dan skrip ditulis oleh Nieza Nahar. Kerasnya Takdir diarah oleh Emi Suffian dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd.

Sinopsis Kerasnya Takdir

Munir dan Jiha tetap setia dengan cinta mereka walaupun dihalang oleh keluarga masing-masing. Aminah merasa kecewa dengan pilihan Munir yang ingin hidup bersama Jiha dari kelas bawahan dan hanya membuka kedai. Aminah ingin Munir mewarisi syarikat keluarganya dan berkahwin dengan calon menantunya, Emilia.

Kehidupan Munir dan Jiha hancur selepas kemalangan yang melibatkan Munir dan penculikan misteri anak mereka. Jiha dituduh berzina dan keadaan mentalnya terjejas selepas kehilangan Munir dan anak mereka.

Enam tahun kemudian, Jiha bertemu kembali dengan Munir selepas anak mereka yang hilang ditemui. Adakah cinta mereka masih hidup dan akan bersatu semula atau Munir telah melangkah maju dengan kehidupan barunya?

Pelakon Kerasnya Takdir

Ungku Hariz, Azlee Khairi, Husna Mustaffa, Mia Nasir, Azrel Ismail, Rita Rudaini, Halim Radzi, Dayang Fajra Nadifa, Kartina Aziz, Redza Rosli, Natasya Mahyan, Zarynn Min, Amyra Rosli

Drama Kerasnya Takdir

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 22 April 2023
Hari: Setiap Hari, 7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button