DramaAstro Ria

Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Sinopsis Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Effa terpaksa menyamar sebagai ustazah kerana terjebak dalam hutang yang besar. Namun, akibat tindakannya itu, dia mula hidup dalam kebohongan dan sering kali berdebar-debar kerana takut identitinya terbongkar. Pada suatu hari, dia terpaksa melarikan diri ke Kampung Ramadan kerana diancam oleh ahlong.

Di kampung itu, Effa bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang sangat terkenal kerana kebolehannya dalam mengajikan solat Tarawikh dengan suara yang merdu. Tok Jamlus, penduduk kampung, telah melantik Asyraf sebagai imam bagi Tarawikh Ramadan di masjid kampung. Asyraf yang perasaannya terganggu dengan kehadiran Effa di kampung itu, mula mengesyaki latar belakang Effa.

Pelakon Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Mira Filzah, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Rozita Che Wan, Dato Jalaludin Hassan, Azza Elite

Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Jumlah Episod: 9
Tarikh: 5 Mac 2023
Hari: Ahad, 9:00 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button