DramaSlot Lestary TV3

Drama Helo Jodoh

Drama Helo Jodoh akan ditayangkan pada 17 Mei 2024, Khamis – Sabtu, 9 malam di slot Lestary TV3.

Sinopsis Helo Jodoh

Rita yang bercita-cita untuk menjadi DJ Radio terpaksa menangguhkan impiannya dan kini bekerja sebagai “customer service” di sebuah syarikat aplikasi Helo Jodoh. Iskandar dan Rita telah disatukan dalam program mentor-mentee untuk membantu Rita mendalami pekerjaan barunya. Mereka ditugaskan untuk membantu pengguna aplikasi ini yang berhadapan dengan masalah cinta.

Zack merupakan seorang influencer terkenal mula jatuh cinta dengan Rita kali pertama mereka bertemu. Bagi merapatkan diri dengan Rita, dia telah menawarkan diri untuk menjadi duta aplikasi tersebut. Walaupun Rita sibuk menyelesaikan masalah cinta pengguna aplikasi tersebut, dia sendiri terjerat dalam memilih antara Zack dan Iskandar yang kini cuba merebut cintanya. Kedua-dua jejaka itu melakukan pelbagai cara sendiri untuk memiliki hati Rita.

Pelakon Helo Jodoh

Riena Diana, Syarul Ezani, Fendy Bakry, Shaza Bae, Esma Daniel, Enot, Shamsul Ghau Ghau, Wan Nor Azlin, Amanda Tan, Sera Melissa, Shah Kimin, Anies Hann, Silfeny Osman, Farra Zainuddin, Jabir Meftah

Drama Helo Jodoh

Tarikh: 17 Mei 2024
Hari: Khamis – Sabtu, 9 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button