DramaSlot Akasia TV3

Drama Hatimu Sedingin Salju

Sinopsis Hatimu Sedingin Salju

Mengisahkan tentang Arman sanggup korbankan cintanya terhadap Rania selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal dan isterinya, Datin Mimi bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Pelakon Hatimu Sedingin Salju

Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron, Omar Rizal, Saifullah Mohd Yunus, Natasha Elyzza, Alif Hilman, Ezzaman Othman

Drama Hatimu Sedingin Salju

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 24 Jun 2021
Hari: Isnin–Ahad, 7.00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button