DramaSlot Samarinda TV3

Drama Kerana Anisa

Sinopsis Kerana Anisa

Anisa dan Syukri adalah kawan baik yang berasal dari kampung yang sama. Anisa mempunyai cita-cita yang besar untuk menjadi peguam dan meminta Syukri untuk menjadi pembimbingnya serta memberi semangat padanya.

Namun, ayah Anisa yang bernama Long Yahya menentang persahabatan Anisa dan Syukri. Setelah Anisa tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri pergi ke London untuk melanjutkan pengajian, tetapi mereka masih berhubungan melalui surat.

Suatu hari, Anisa dikejutkan dengan satu rombongan peminangan daripada Zahid. Zahid terpikat dengan kecantikan Anisa dan menggunakan kekayaan keluarganya untuk membeli hati ayah Anisa. Anisa menentang permintaan tersebut kerana ingin melanjutkan pelajaran dan telah lulus SPM dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, dia dipaksa untuk berkahwin dengan Zahid.

Setelah berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap Anisa dari segi fizikal dan emosi. Dia semakin menjadi-jadi apabila mengetahui tentang hubungan Anisa dan Syukri.

Pelakon Kerana Anisa

Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani, Shaharudin Thamby

Drama Kerana Anisa

Jumlah Episod: 15
Hari: Isnin-Rabu
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button