DramaSlot Akasia TV3

Drama Harith Fayyadh

Sinopsis Harith Fayyadh

Harith dan Fayyadh merupakan adik-beradik tiri berlainan bapa. Harith merupakan anak sulung Arisa hasil perkahwinannya dengan Bakri manakala Fayyadh merupakan anak Arisa bersama Kamal, pemandu peribadinya yang dikahwini setelah kematian Bakri. Arisa tidak pernah mencintai Kamal namun mereka berkahwin di atas cadangan ibu Arisa, Dato’ Ainon.

20 tahun berlalu, kini Harith dan Fayyadh sudah dewasa. Walaupun mempunyai minat yang lain, mereka mengambil jurusan perniagaan di atas permintaan Dato’ Ainon. Harith ingin mendalami ilmu agama. Harith aktif dalam aktiviti persatuan dan kerja amal. Di hujung minggu, Harith mengikuti kuliah Ustaz Razak. Fayyadh lebih cenderung dengan dunia glamor dan minat dalam bidang fesyen. Selain melibatkan diri dalam modeling, Fayyadh juga sering menghabiskan masa dalam bersosial.

Fayyadh kemudiannya berkahwin dengan Vivy manakala Harith pula masih dalam fasa mengenali Sarah, anak kepada Ustaz Razak. Dato’ Ainon kemudiannya telah menetapkan syarat bahawa Harith dan Fayyadh perlu mempunyai anak jika ingin mewarisi segala hartanya. Masing-masing terkejut. Sejak daripada itu, hubungan kedua beradik yang dahulunya akrab mula berantakan.

Pelakon Harith Fayyadh

Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Shamsul Ghau Ghau, Mak Wan, Badrul Muhayat, Kirana Batrisyia, Lan Siro.

Drama Harith Fayyadh

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 1 April 2022
Hari: Isnin-Ahad, 6:58 petang
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button