DramaTV3

Drama Dia

Sinopsis Dia

Adit, tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda, anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban. Korbankan cintanya terhadap Aira.

Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira. Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya.

Adit pula berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodoh antara pasangan suami isteri ini tidak bertahan lama apabila Emelda meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung yang diberi nama Icha Aulia.

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Aidit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Aidit, jelas kedatangan Aidit membuatkan hatinya berantakan kerana Aidit mahu menggapai semula hati Aira.

Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Aidit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira?

Pelakon Dia

Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Nonny Nadirah, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Syaffiq Sahli, Anas Ridzuan, Rykarl Iskandar, Hefny Sahad, Nadia Brian, Ezzaty Abdullah

Drama Dia

Jumlah Episod: 60
Hari: Jumaat-Ahad
Siaran: TV3

Related Articles

Back to top button