DramaTV2

Drama Bulan Di Kota Langit

Sinopsis Bulan Di Kota Langit

Mengisahkan tentang Munirah lbersama empat orang abangnya setelah ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Munirah berjaya melanjutkaan pelajaran di kolej tempatan manakala abangnya masing-masing sudah mempunyai pelbagai kerjaya. Abangnya yang pertama Amirul sebagai ahli bomba, Aqil seorang peguam, Afiq sebagai doktor dan Aathi merupakan pelajar kolej.

Kisah kerukunan adik-beradik Munirah. Lagi-lagi watak Abang Long, sanggup berkorban untuk adik-adiknya. Sebelum ibunya meninggal dunia, Amirul diamanahkan untuk menjaga adik beradiknya dan Amirul seorang yang tegas dengan mereka.

Satu hari Munirah dapat tajuk tesis yang memerlukan dia buat kajian di Indonesia. Abang-abangnya risau akan Munirah dan selepas berbincang, Aathif diminta menemankan Munirah di Indonesia. Aathif pula cuba meyakinkan Munirah supaya pergi ke Indonesia seorang diri.

Munirah nekad pergi ke Indonesia seorang diri. Apabila Aqil terjumpa nota di dalam bilik Munirah, abang-abangnya bergegas mencarinya di lapangan terbang. Dalam hal ni, Aathif rasa bersalah sebab ini rancangannya. Amirul dan adik-adiknya terkejut dengan kehilangan Munirah dan menyalahkan Aathif. Selepas Munirah pergi, dia langsung tidak menelefon Aathif. Aathif risau kerana ini semua rancangannya.

Di Indonesia, Munirah mendapat kerja di sebuah restoran milik Pak Agus. Di situ dia berjumpa Uzair seorang pengembara dari Malaysia yang juga bekerja di restoran tersebut.

Tanpa diduga dia bertemu dengan pemuda Indonesia bernama Aditya yang merupakan penghidap penyakit tumor otak. Aditya sebenarnya melarikan diri daripada orang-orang di sekelilingnya sementara menantikan hari pembedahan yang bakal dijalankan ke atasnya. Apatahlagi dia sendiri sedar tiada jaminan untuk penyakitnya sembuh sepenuhnya meskipun setelah menjalani pembedahan.

Siapakah antara Aditya atau Uzair yang menjadi pilihan Munirah?

Pelakon Bulan Di Kota Langit

Nur Risteena Munim, Isa Khan, Qi Razali, Afierariana Agoes, Fezrul Khan, Fazren Rafi, Fahmi Reza, Neera Azizi, Syifa Melvin, Farez Ridzwan, Faris Fitri, Zalfa Zin, Shukri Tahir, Lisdawati, Izzy Reef, Reza Hasbi, Liza Abdullah,Roy Azman

Drama Bulan Di Kota Langit

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 13 Jun 2020
Hari: Isnin – Ahad, 10.00 malam
Siaran: TV2

Related Articles

Back to top button