TelefilemTV2

Telemovie Lorong Hidup

Telemovie Lorong Hidup akan disiarkan pada Selasa, 23 Ogos 2022, pukul 9:00 malam di TV2 slot Drama On 2. Idea asal Mohd Herman Roslan dan skrip ditulis oleh Nizam Abdullah serta Ku Aminah Ku Mat. Pengarah telemovie ini adalah Dato’ Zulkifli M.Osman dan Ahmad Hashi, manakala produksi Zaza Development & Service Sdn Bhd.

Sinopsis Lorong Hidup

Jaafar ialah seorang penulis kampung yang berusaha gigih untuk menulis tentang kisah-kisah masyarakat yang mengalami suka dan duka. Selain itu, beliau juga bekerja sebagai buruh binaan dan kerap kali ditindas oleh majikannya iaitu Harun. Jaafar memutuskan untuk menyewa rumah milik Ghani, namun tanpa pengetahuan Ghani, Syakir melakukan tindakan yang kasar terhadap Jaafar dan penduduk kampung.

Pelakon Lorong Hidup

Zaini Hassan, Hairi Safwan, Farisha Irwayu, Razali Hussain, Megat Terawis, Erry Putra, Datuk Tuan Asmawi Tuan Omar, Safrizal Salehuddin, Aznah Hamid.

Related Articles

Back to top button