TelefilemAstro Ria

Telemovie Hierarki

Telemovie Hierarki akan ditayangkan pada Sabtu, 3 Februari 2024, 10:00 malam di Astro Ria.

Sinopsis Hierarki

Menceritakan tentang beberapa remaja yang mempunyai masalah hidup yang berbeza yang tiba tiba mendapat jemputan ke sebuah game, Vertigo di mana pemenang akan memenangi RM10,000.

Fazz, seorang selebriti media social, Ijan- seniman jalanan, Megat – si gelandangan, Jali – bekas banduan, Wafi – pemuda istimewa juga mangsa buli serta Saikoboi – seorang gamer yang punya banyak hutang. Mereka ini telah dijemput menyertai satu eksperimen psikologi rahsia di suatu kordinat yang tiada titik liputan.

Mereka dan 4 lagi peserta diuji secara fizikal dan mental di sebuah kapal korek usang. Hanya yang berjaya akan selamat, yang gagal maut menjelang.

Experimen ini telah menjadi pemangkin kepada perubahan emosi, pemikiran, kepercayaan dan ketahanan anak-anak muda ini. Pelbagai debaran sepanjang mereka menjalani penyelidikan ini- termasuk komplot balas dendam bertahun tiba-tiba muncul yang akhirnya menyemarakkan kemarahan.

1 demi 1 tewas. Yang selamat bertungkus lumus untuk melepaskan diri dari experimen ini. Mampukah mereka melakukan?

Pelakon Hierarki

Amir Ahnaf, Fazziq Muqris, Mierul Aiman, Ideen Azman, Afiq Hamidon, Zaid Erakad, Kamarool Hj Yusoff, Nam Ron, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Rosyam Nor, Razman Mahayuddin, Nina Amin

Related Articles

Back to top button