Sinopsis Muzikal Lawak Superstar
Muzikal Lawak Superstar, sebuah program hiburan yang menggabungkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 42 peserta akan berlangsung tidak lama lagi. Setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak serta seorang pelakon, penyanyi atau selebriti popular.
Acara ini akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda dan bakal menyaksikan penglibatan pelawak dan artis tempatan seperti Elly Mazlein, Achey, Fad dan Abam Bocey, Shura, Ain Endruce, Black, Tomok, Ali dan Mamak Puteh, Rahim, Tauke, Khir Rahman, Sharif dan Atu Zero serta ramai lagi.
Persembahan peserta akan dinilai oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet. Mereka akan menyumbangkan 50% dari penilaian, manakala 50% lagi akan ditentukan melalui undian SMS dan atas talian oleh penonton yang menyaksikan program ini.
Muzikal Lawak Superstar
Jumlah Episod: 10
Hari: Jumaat
Siaran: Astro Warna