Filem2000s

Filem Mami Jarum Junior (2003)

Sinopsis Mami Jarum Junior

Rita ialah seorang andartu yang gemar membawa mulut dan memecah-belahkan kehidupan orang lain. Memandangkan rakan baiknya Mami Jarum telah insaf, maka Rita telah berbaik-baik dengan Chombee (Mami Jora). Rita selalu mengada-adakan cerita buruk yang mengatakan bahawa Mami Jarum selalu mengutuk Chombee. Tindakannya itu telah menyebabkan Chombee perang besar dengan Mami Jarum. Rita juga membantu Chombee untuk mencarikan jodoh Zaid dan untuk dirinya sendiri. Ini kerana Rita sering dikutuk orang sebagai ‘andartu’ dan dia telah mengubah penampilannya. Pelbagai masalah dan ragam terpaksa mereka hadapi.

Pelakon Mami Jarum Junior

Kartina Aziz, Vanida Imran, Ismail Din, Norlia Ghani, Piee, Zahida Rafiq, Sheila Mambo, Ezad

Related Articles

Back to top button