Filem2010s

Filem M.O.X – Misi Operasi X (2019)

Sinopsis M.O.X – Misi Operasi X

Ia bermula apabila ejen-ejen risikan rahsia M.O.X sebelum ini telah hilang tanpa dikesan atau terkorban gara-gara ancaman dari sebuah organisasi haram yang mengancam keselamatan dan kestabilan dunia yang menggelarkan diri mereka KFR13.

M.O.X adalah sebuah badan yang diketuai oleh ‘M’, manakala KFR13 pula diketuai oleh Komander Moshie yang menjalankan aktiviti haram dan mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengganas antarabangsa yang berpangkalan di Alaska dan sering melakukan pelbagai ancaman kepada kestabilan dunia. Beroperasi secara rahsia yang lengkap dengan makmal penyelidikan dan peralatan senjata pemusnah yang canggih.

Seorang ajen perisik organisasi M.O.X, Don Pedro ditugaskan untuk menjalankan misi menyelamatkan dunia dari ancaman penjenayah antarabangsa yang mahu menguasai dunia. Semasa melaksanakan misi rahsia di Filipina, Don Pedro telah berjaya menyelamatkan seorang penuntut Malaysia iaitu Martias yang berjaya menggodam maklumat perancangan KFR13 dan formula senjata mereka. Semenjak itu, ejen-ejen KFR13 sering mengekori Don Pedro untuk menghapuskan bukti dan cubaan membunuhnya sehingga ke beberapa negara termasuk Thailand, Malaysia, India dan Alaska.

Pelakon M.O.X – Misi Operasi X

Ebi Kornelis, Tya Arifin, Zaidi Omar, Wan Adi Rafuan Datuk Rashid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz, Radhi Khalid, Dato Jaafri Omar, Salim Saifuddin, Bibi Aziah, Janathan Pithawadian, Yank Kassim

Related Articles

Back to top button