Filem2020sPrime Video

Filem Housekeeping? (2024)

Filem Housekeeping? akan ditayangkan pada 5 September 2024 di Prime Video.

Sinopsis Housekeeping?

Johan yang sedang cuba mempertahankan perkahwinannya dengan Aida, seorang inspektor polis. Rumah tangga mereka di ambang perpisahan akibat konflik kewangan yang tidak berkesudahan. Johan, yang bekerja sebagai tukang kemas di sebuah hotel, berharap dapat mencari jalan untuk menyelamatkan perkahwinannya.

Suatu hari, ketika Johan bersama Molly dan Ah Foo sedang mengemas bilik hotel, mereka terjumpa sebuah beg misteri yang penuh dengan wang tunai. Tergoda dengan peluang untuk mengubah nasib, mereka bertiga memutuskan untuk membahagikan wang tersebut dan memulakan kehidupan baru yang lebih baik.

Namun, impian mereka tidak berjalan lancar apabila mereka mengetahui bahawa wang tersebut sebenarnya milik kumpulan samseng yang diketuai oleh Don A. Menyedari mereka dalam bahaya, Johan, Molly, dan Ah Foo terpaksa melarikan diri, bukan sahaja dari kumpulan samseng tersebut tetapi juga daripada pihak polis yang turut memburu mereka.

Sepanjang pelarian mereka, pelbagai aksi lucu dan situasi kekecohan berlaku. Dari kejar-mengejar yang mendebarkan hingga adegan komedi yang mencuit hati, penonton pasti akan terhibur dengan gelagat trio ini yang cuba keluar dari masalah yang mereka ciptakan sendiri.

Tambahan lagi, hotel tempat mereka bekerja dipenuhi dengan tetamu dan kakitangan yang aneh dan mencuit hati. Keadaan menjadi semakin rumit apabila hotel tersebut dikurung, menjadikan usaha mereka untuk melarikan diri semakin mencabar.

Pelakon Housekeeping?

Alif Satar, Sharifah Sakinah, Fabian Loo, Shiqin Kamal, Pablo Amirul, Ropie Cecupak, Didie Alias, Khir Rahman, Angeline Tan, Maria Farida, Radhi Khalid, Sabrina Ali, Joanne Kam

Related Articles

Back to top button