Filem2010s

Filem 7ujuh (2018)

Sinopsis 7ujuh

Pada tahun 70an, tujuh pelajar kolej yang mengambil keputusan meraikan hari terakhir pengajian dengan bercuti di sebuah rumah peranginan milik salah seorang daripada mereka, Sam (Johan A’sari).

Namun kegembiraan tujuh sekawan itu berpesta dengan arak dan dadah telah mengundang satu kejadian yang tidak diingini terhadap Suri (Marsha Milan) iaitu anak kepada Tok Batin (Wan Hanafi Su) yang ditugaskan menjaga rumah tersebut. Suri telah dirogol dan kemudian membunuh diri. Suri menyumpah akan menghantui mereka.

Susulan kejadian tersebut, ketujuh-tujuh mereka dihantui satu sumpah dendam sehingga membuatkan mereka sukar untuk keluar dari rumah tersebut. Lebih parah, sumpahan tersebut harus tuntas untuk meragut nyawa mereka seorang demi seorang.

Pelakon 7ujuh

ohan As’ari, Cristina Suzanne, Marsha Milan, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Siti Saleha, Riz Amin, Deedee Nash, Hanafi Su, Dee Dee Nash, Faizal Hussein

Related Articles

Back to top button