Filem2020s

Filem Didi & Friends The Movie (2023)

Sinopsis Didi & Friends The Movie

Didi, Nana dan Jojo, tiga sekawan dari Pekan Horey yang sentiasa bersama dan tidak dapat dipisahkan, telah dilantik untuk mengendalikan Konsert Hora Horey. Dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua, Didi melakukan kesilapan besar yang menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang pergi ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan.

Namun, Didi tahu bahawa Pak Atan dan Pak Beruang berada dalam bahaya kerana sedang dijejaki oleh seorang lanun langit misteri bernama Torra yang ingin mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Oleh itu, Didi, Nana dan Jojo memutuskan untuk pergi ke Muzika demi memberi amaran kepada Pak Atan dan Pak Beruang. Namun, akan ada ujian yang akan menguji persahabatan mereka dan mereka harus menghadapi Torra, si lanun bengis itu. Bagaimanakah kisah selanjutnya?

Pelakon Didi & Friends The Movie

W.A.R.I.S, Akmal Aziz Asmawi, Adilia Myra, Dato’ Awie, Nur Insyeerah, Amelia Henderson, Ruminah Sidek, Khairul Ammar Jamal, Adam Muqri

Related Articles

Back to top button