Filem2000s

Filem Buli (2004)

Sinopsis Buli

Mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Nordin yang menghadapi masalah kurang keyakinan diri atau ‘inferiority complex’ akibat bentuk fizikal badannya yang gemuk. Masalah dalaman diri yang bermula sejak dari zaman sekolah ini terbawa-bawa hinggalah dia menjadi seorang eksekutif syarikat komputer di Cyberjaya. Malah dia juga masih lagi menjadi mangsa buli rakan sekolahnya, Roy yang kebetulan muncul di tempat kerja Nordin sebagai pengurus. Ketika menghadapi konflik yang tidak menentu ini, Nordin bertemu dengan pakar sakit jiwa bernama Dr Ika yang kemudian membantu membina semula keyakinan dirinya. Dari situlah berputiknya cinta Nordin dan Dr Ika.

Pelakon Buli

Afdlin Shauki, Hans Isaac, Nasha Aziz, AC Mizal, Umie Aida, Patrick Teoh, Ako Mustapha, Syanie, Sharifah Shahira

Related Articles

Back to top button