Filem2010s

Filem Adnan Sempit (2010)

Sinopsis Adnan Sempit

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat dispatch di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya, Nadia.

Pelakon Adnan Sempit

Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham, Cat Farish, Julia Hana

Related Articles

Back to top button