DramaSlot Iris TV3

Drama Tak Beli Tak Cinta

Sinopsis Tak Beli Tak Cinta

Mengisahkan kehidupan Bibi yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian. Perniagaan itu diusahakan Bibi selepas kematian suaminya dalam tragedi pesawat MH17.

Bibi yang mempunyai anak lelaki berusia 11 tahun setiap hari berdepan dengan pelbagai masalah terutama membabitkan kerenah pekerja, pelanggan dan rakan perniagaan.

Di butik Bibi nempunyai dua pembantu iaitu Liyana dan Isma. Tanpa disangka wujud konflik cinta tiga segi antara mereka.

Namun, kehadiran CJ iaitu kawan karib arwah suami Bibi yang juga seorang duda membuka lembaran baru dalam hidup Bibi. Dalam diam CJ menyimpan rasa cinta terhadap Bibi.

Pelakon Tak Beli Tak Cinta

Rita Rudaini, Ariz Lufias, Qara Lyana, Syainie Aida Aliff Yasraff, Erry Putra, Shiha Zikir, Habiel Lutfillah, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Cat Farish

Drama Tak Beli Tak Cinta

Jumlah Episod: 20
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Iris TV3

Related Articles

Back to top button