DramaSlot Samarinda TV3

Drama Suri Hati

Sinopsis Suri Hati

Empat orang sahabat iaitu Sarah, Laila, Suraya dan Atikah mempunyai misi untuk mencari kebahagiaan di dalam kehidupan mereka yang penuh dengan konflik. Namun, perasaan dendam kian membara sehingga memakan diri. Dapatkah mereka mengatasi kebencian demi kebahagiaan yang diidamkan?

Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka.

Laila seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.

Suraya seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki mula curang dengan kekasih lamanya.

Atikah seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu dimana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah.

Mampukah mereka menggapai kebahagiaan yang dicari? Mungkinkah persahabatan mereka selamat daripada diracuni oleh sifat cemburu?

Pelakon Suri Hati

Nadia Brian, Adriana Adnan, Puteri Sarah Liyana, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Ikhwan Khairudin, Carissa Azhar, Malek Mccrone, Aryana Amani, Faiz Shafie, Ameerul Asyraf, Shakilla Khoriri, Nadia Kesuma, Faizul Syaharin, Shajiry Damery, Aisar Khaled, Sandra, Qistina, Nazlinda Yusof, Nu’man, Badrul Muhayat

Drama Suri Hati

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 12 Oktober 2022
Hari: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button