DramaSlot Samarinda TV3

Drama Sitik Tok

Sinopsis Sitik Tok

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Siti yang sering berkongsikan video-video menarik di setiap pelusuk kampung. Apa saja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan karya Siti dalam video TikTok. Keluarga tunangnya mula rasa malu dengan obsesinya dan mendesak Harun untuk memutuskan hubungan dengan Siti.

Siti tidak rasa patah hati selepas kejadian itu. Malahan, Siti nekad untuk mencari peluang di Kuala Lumpur. Siti memujuk dan merayu ibunya supaya bersetuju dengan permintaannya. Akhirnya, dia dilepaskan dengan syarat dia perlu tinggal bersama sepupunya, Jaja.

Siti sangat teruja dengan kehidupan baharunya di Kuala Lumpur tetapi dia tidak sedar bahawa Jaja tidak menyukai kedatangannya. Jaja menjalankan bisnes atas talian dengan peralatan lengkap dan bilik khas untuk merakamkan video dan menyimpan stok. Teman serumah mereka iaitu, Maru pula seorang gadis yang ceria dan mempunyai bisnes ‘food truck’.

Siti didampingi oleh Chuchox, seorang artis rock kapak yang menawarkan peluang untuk bekerjasama kerana tertarik dengan kepopulariti Siti. Malahan, pasukan Jaja juga mencari Siti untuk membuat review produk tanpa pengetahuan Jaja. Hanya berpandukan minat, Siti mula mengenali dunia media sosial yang sebenar. Siapakah gerangan Miss Rona yang menjadi pujaan dan ikutan dalam kalangan influencers? Apakah keseraian yang bakal tercipta antara Siti dengan Shon, seorang jurufoto yang anti media sosial?

Pelakon Sitik Tok

Scha Elinnea, Niezam Zaidi, Nadia Aqilah, Nelissa Nizam, Zamaera, Kahoe Hon, Acong Sweetchild, Hafizul Kamal, Tria Aziz, Anuar Haji Abdul Hamid, Dee Alhadi, Syazlin Zainal, Aznie Azmi, Tony Eusoff, Mia Sabrina Mahadir

Drama Sitik Tok

Jumlah Episod: 16
Tarikh: 22 Julai 2021
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button