DramaTV Okey

Drama Pelangi Hati

Sinopsis Pelangi Hati

Sarimah, seorang anak yatim piatu, berhijrah dari Kuching ke Cameron Highlands setelah diceraikan oleh suaminya Awang Hamidi akibat fitnah dan hasutan oleh emak Awang Hamidi, Dayang Lufya. Sarimah meninggalkan anak perempuannya yang masih bayi kerana dianggap sebagai perempuan sial oleh keluarga bekas suaminya. Di Cameron Highlands, Sarimah tinggal bersama rakan karibnya Zaharah dan mengambil upah menjaga anaknya, Tania.

Namun, apabila Zaharah dan suaminya meninggal dalam kemalangan jalan raya, Sarimah menerima wasiat Zaharah untuk menjaga Tania dan perniagaan ladang mereka sehingga Tania berusia 21 tahun. Setelah 21 tahun berlalu, Sarimah bersedia menyerahkan harta warisan Zaharah kepada Tania dan bercadang untuk mencari anaknya yang telah lama hilang.

Tania ingin mengikut Sarimah pulang ke Sarawak untuk membantu mencari Faizah, anak Sarimah. Namun, mereka dihadapkan dengan cabaran apabila berhadapan dengan keluarga bekas suaminya yang ingin merebut harta warisan dan menghalang Sarimah mencari anaknya.

Pelakon Pelangi Hati

Kuza, Anding, Ryry Ryun, Hasnol, Jefree Saly, Illy Mohtada, Zalfa Zin, Mary Puspa, Fattah Abdul, Zarul Husin, Cha Cha Maembong, Rosnah Johari, Natasha Charmaine, Adam Yusuf, Tony Eusoff, May May Fung dan Ezmir Sadriq.

Drama Pelangi Hati

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 28 Oktober 2021
Hari: Isnin-Ahad, 12 tengah malam
Siaran: TV Okey

Related Articles

Back to top button