DramaTV3

Drama Misteri Flat Kirana

Drama Misteri Flat Kirana yang menggabungkan unsur seram dan komedi bakal menemui penonton pada bulan Ramadan ini bermula 26 Mac 2023 di TV3. Drama ini diterbitkan oleh Anomali Media, diarahkan oleh Rusdi Ramli dan skrip ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Emie. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Misteri Flat Kirana setiap Ahad hingga Selasa pada jam 11 malam di TV3 atau melalui tonton.

Sinopsis Misteri Flat Kirana

Di Flat Kirana, terdapat seorang dukun terkenal bernama Tok Jat. Penduduk flat sangat menggemari Tok Jat kerana beliau peramah dan suka menolong walaupun tidak kenal sesama sendiri. Namun, kematian Tok Jat yang tiba-tiba menimbulkan kekacauan di Flat Kirana. Makhluk halus yang pernah diperangkap oleh Tok Jat telah terlepas dan berkeliaran di sekitar flat. Oleh itu, penduduk flat bermula menjalankan misi untuk menangkap makhluk halus yang tidak dikenali tersebut.

Pelakon Misteri Flat Kirana

Haneesya Hanee, Alicia Amin, Zalif Sidek, Nazia Mustafar, Agness J, Puteri Balqis, Afifah Nasir, Rahmad Mega, Zara Zya, and Ropie

Drama Misteri Flat Kirana

Jumlah Episod: 12
Tarikh: 26 Mac 2023
Hari: Ahad-Selasa, 11:00 malam
Siaran: TV3

Related Articles

Back to top button