DramaSlot Akasia TV3

Drama Lara Terindah

Sinopsis Lara Terindah

Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar.

Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.

Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa, pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya.

Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena.

Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi, seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi.

Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

Pelakon Lara Terindah

Nelydia Senrose, Nonny Nadhirah, Nazrief Nazri, Hafeez Mikail, Aidil Aziz, Ika Nabella.

Drama Lara Terindah

Jumlah Episod: 14
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button