DramaAstro Premier

Drama I.D – Swipe Steal Love

Drama I.D – Swipe Steal Love akan ditayangkan pada 23 Februari 2024, Jumaat, 9:00 malam di Astro Premier.

Sinopsis I.D – Swipe Steal Love

Mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat – maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Pelakon I.D – Swipe Steal Love

Naim Daniel, Amelia Henderson, Aedy Ashraf, Datuk Rosyam Nor, Ellyza Azizi, Shantini Venugopal, Joyce Harn, Jo Kukathas

Drama I.D – Swipe Steal Love

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 23 Februari 2024
Hari: Jumaat, 9:00 malam
Siaran: Astro Premier

Related Articles

Back to top button