DramaSlot Akasia TV3

Drama Bukan Sekadar Lafaz

Drama Bukan Sekadar Lafaz akan ditayangkan pada 17 Oktober 2023, Isnin hingga Jumaat jam 7:00 malam di Slot Akasia TV3.

Sinopsis Bukan Sekadar Lafaz

Siapa sangka mereka akan jatuh cinta? Betul lah cinta itu buta. Cinta itu tak pernah pandang siapa dia, apa atau kenapa.

Di jodohkan bersama Hud, sepupu yang kononnya mahu menutup aib keluarga dengan fitnah yang belum tentu benarnya. Asyikin dalam sedih dan duka menerima Hud yang bukan siapa-siapa sebagai suami.

Hud hanyalah seorang lelaki biasa yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami Asyikin demi menutup aib keluarga.

Perkahwinan yang di atur keluarga buatkan Asyikin sedikit kekok. Berkahwin dengan sepupu sendiri buatkan lidahnya kadang-kadang kelu untuk bersuara. Seperti dalam perjanjian, sampai waktunya Hud harus melepaskan Asyikin.

Hud akur dengan perjanjian namun sepanjang menjadi suami Asyikin dia tetap tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Nafkah Asyikin tetap di hulurkan walaupun dia bukan lah orang berada.

Sedikitpun Asyikin tidak pernah di sentuh kerana dia tahu Asyikin bernikah dengannya kerana keluarga. Hidup berdua buatkan Asyikin mengagumi Hud. Berbulan bersama, fitnah yang di lempar semuanya dusta belaka. Si ayah mula menunjukkan kuasa. Hud harus lepaskan Asyikin.

Namun siapa sangka siapa menduga hati saling suka jiwa saling jatuh cinta cuma takut untuk berbicara. Asyikin buat satu pengakuan di dalam satu laman sosial tentang perasaanya pada Hud dan betapa dia tak mahu Hud lepaskan dia pergi.

Pelakon Bukan Sekadar Lafaz

Alif Satar, Wanna Ali, Malek Mccrone, Ahmad Idham, Kuza, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Yuna Rahim, Yusra Akma, Razzuan Rosli

Drama Bukan Sekadar Lafaz

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 17 Oktober 2023
Hari: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button