DramaSlot Lestary TV3

Drama Boleh Saya Bantu?

Drama Boleh Saya Bantu? akan ditayangkan pada 2 Februari 2024, Khamis – Sabtu, 9:00 malam di Slot Lestary TV3.

Sinopsis Boleh Saya Bantu?

Nasar baru sahaja diberhentikan kerja. Untuk mencari punca rezeki yang baharu, dia telah menghadiri sebuah temu duga di sebuah hotel 3 bintang. Nasar hadir dengan impian untuk menjadi seorang tukang angkut atau juga dikenali sebagai ‘bellboy’. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana jawatan idamannya itu telah disandang oleh Sudin.

Walau bagaimanapun, Nasar tidak pulang dengan tangan kosong. Farida, pengurus hotel tersebut, telah menawarkan Nasar jawatan sebagai penyambut tetamu hotel. Tawaran yang dibuat oleh Farida itu telah menimbulkan persengketaan antaranya dengan Almya, pegawai sumber kemanusiaan di hotel itu.

Bukan mudah bagi Nasar untuk menyesuaikan diri di tempat baharu. Bukan itu sahaja isu yang dihadapinya. Sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman, berhadapan dengan pelbagai masalah tetamu hotel amat merunsingkan jejaka ini.

Nasar perlu belajar cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan profesional dan cekap. Namun, mampukah dia melakukannya tanpa menjejaskan kedudukannya di tempat kerjanya itu? Adakah dia akan mendapat bantuan yang sewajarnya atau terkontang-kanting menyelesaikan kemelut di hotel itu seorang diri?

Pelakon Boleh Saya Bantu?

Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Adam, Nasz Sally, Wanie Ooi, Zaid Erakad, Lela Kadir, Kazar, Didie Alias, Najua P. Ramlee, Mathni Ab Razak, Maria Farida

Drama Boleh Saya Bantu?

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 2 Februari 2024
Hari: Khamis – Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button