DramaAstro Prima

Drama Angkara Cinta

Sinopsis Angkara Cinta

Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.

Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

Mariani dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketik Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.

Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?

Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?

Konflik makin mendalam di antara Luqman dan Haqeem selepas kematian Aiman. Haqeem muncul sebagai kawan kepada Adira menyebabkan Jijie curiga akan cinta Haqeem. Cemburu buta Luqman membuatkan Adira makin bosan. Indah ibarat ular cuba meruntuhkan rumah tangga mereka. Dalam Remy menyimpan perasaan kepada Jijie, Mariani dapat menghidu sesuatu yang tidak kena tentang Remy. Nyawa dan perasaan siapa lagikah yang menjadi mangsa akibat angkara cinta ini?

Pelakon Angkara Cinta

Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Roy Azman, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Lydiawati, Ayu Azlina, Hyrim Husni, Alynn Techen , Hadi Putra, Dayana Jasmin, Eden Lian, Alif Hadi, Alif Muhaimin, Faha Azhar, Mazli Razali, Nasz Sally, Oshin Ahmad, Nur Auni Zahra, Syed Irfan, Gen Darwish

Drama Angkara Cinta

Jumlah Episod: 115
Tarikh: 2 November 2020
Hari: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Siaran: Slot Tiara Astro Prima

Related Articles

Back to top button