Sinopsis AI.5YA
Mengisahkan Jehan, seorang pencipta kandungan yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran.
Namun Jehan menerima sebuah android peneman bernama AI.5YA yang tertukar secara tidak sengaja dengan android pembikin filem (AI.M4N) yang dipesannya. Jehan terpaksa menukar fungsi android peneman yang disalah hantar kepadanya untuk menjadi kru penggambaran yang serba boleh.
Walau bagaimanapun, apabila videonya yang dibintangi AI.5YA menjadi tular, Jehan mendapati dia perlu merahsiakan identitinya dari peminat dan Maya.
Pelakon AI.5YA
Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Dato Afdlin Shauki, Ozlynn Waty, Faradhiya, Elly Ariffin, Khir Rahman, Ako Mustapha, Ian Haziq, Emma Sofea
Drama AI.5YA
Jumlah Episod: 10
Tarikh: 18 Ogos 2022
Siaran: Viu