DramaAstro Ria

Drama Ahli Bapak Bapak Club

Sinopsis Ahli Bapak Bapak Club

Mengisahkan tentang tiga orang lelaki berlainan personaliti mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa. Hana, seorang influencer terkenal dan juga merupakan bekas isteri kepada Joe. Selepas berpisah dengan Joe, Hana bertambah cantik. Adakah Joe menyesal berpisah dengan Hana?

Bob, seorang penganggur selepas syarikat tempat dia bekerja gulung tikar. Tapi Bob rahsiakan dari isterinya tentang ini dan berpura-pura masih bekerja. Sampai bila Bob akan main wayang?

Yem, seorang cikgu dan isteri kepada Bob. Yem terpaksa menyara keluarga selepas Bob hilang kerja. Sampai bila Yem boleh tahan dengan Bob?

Nik Tan Abdullah, seorang pakar motivasi yang berjaya. Nik seorang penyayang dan ada stail. Nampak macam perfect kan. Namun Nik sebenarnya tidak disukai oleh dua anak tirinya. Adakah Nik dapat menggunakan skil yang dia ada untuk mengambil hati anak tirinya?

Fisha seorang jutawan kosmetik, isteri kepada Nik dan ada 2 orang anak yang sangat disayangi. Tapi dibelakang Fisha, ada sesuatu terjadi antara Nik dan anak-anaknya di luar pengetahuan dia.

Pelakon Ahli Bapak Bapak Club

Aiman Hakim, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Maria Farida, Steve Yap, Luqman Hafidz, Fizz Fairuz, Danish, Zailin Aqeesha

Drama Ahli Bapak Bapak Club

Jumlah Episod: 10
Tarikh: 19 Mei 2021
Hari: Rabu, 9:30 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button