DramaSlot Lestary TV3

Drama Adakah Engkau Menungguku

Sinopsis Adakah Engkau Menungguku

Ariana mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Pelakon Adakah Engkau Menungguku

Wanna Ali, Adam Lee, Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Syafi Tee, Wani Kayrie, Bella Astillah, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Enot, Elanie Aidid, Fiza Thomas, Ameerul Asyraf, Lan Zailan, Ahmad Syafiq, Rosli Rahman Adam

Drama Adakah Engkau Menungguku

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 29 September 2021
Hari: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button