Filem2020s

Filem Mar Rak (2023)

Filem Mar Rak akan ditayangkan pada 2 November 2023.

Sinopsis Mar Rak

Berkisar mengenai cerita Menora Siam tahun 80-an hingga 90-an dimana ia digambarkan tentang percintaan hero dan heroin melalui surat sahaja tanpa diketahui sesiapa.

Dalam waktu yang sama anak tauke Menora yang berketurunan cina juga turut menyukai hero keturunan Siam ini. Marah akibat cintanya ditolak, gadis tersebut mula mendapatkan bantuan bomoh hitam Siam bagi menjayakan hasratnya untuk memiliki hero. Kerja jahat ini dilakukan menerusi surat.

Dalam mendapatkan cintanya, gadis ini sanggup membunuh bagi memastikan impiannya tercapai. Berapa ramaikah lagi yang akan dibunuhnya bagi merealisasikan impiannya ini?

Menora adalah sebuah seni pertunjukan tradisional yang berasal dari Kelantan. Seni ini melibatkan unsur-unsur tarian, muzik, dan lakonan dan biasanya dipersembahkan dalam bentuk kumpulan. Menora adalah sejenis pertunjukan yang telah lama menjadi sebahagian daripada budaya dan warisan seni Kelantan.

Pelakon Mar Rak

Nina KSC, Shatirah Amanda, Dalip Singh, Aghonderan, Kael, Asri Ismail, Dyvianna James, Man Khan, Yank Kassim, Erry Putra, Zalfa Zain, YY Asri.

Related Articles

Back to top button