TelefilemTV1

Telemovie Rindu Terlarang

Telemovie Rindu Terlarang terbitan K Titanium Pictures akan ditayangkan pada Sabtu, 6 Mei 2023, jam 9:00 malam di TV1.

Sinopsis Rindu Terlarang

Tiga sahabat yang tinggal di rumah anak yatim, iaitu Adam, Farishah dan Malik melarikan diri dari rumah anak yatim untuk mencari keluarga masing-masing. Adam ingin melawat kubur ibu dan kakaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Farishah ingin mencari ibu kandungnya, manakala Malik ingin berjumpa dengan ibunya yang dipenjarakan. Adam yang baru saja tiba di rumah anak yatim setelah ditinggalkan oleh Musa di sebuah klinik. Akhirnya, mereka semua berjaya mencapai hasrat masing-masing dan pulang semula ke rumah anak yatim.

Pelakon Rindu Terlarang

Rizalwan Ramli, Husna Mustaffa, Dato Subash Sundramonthy, Izz Anas Muzammil, Putri Syahadah Nur Qaseh, Shahfi Rafiq, Zed Zaidi, Razali Hussain.

Related Articles

Back to top button