TelefilemTV9

Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku

Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku terbitan Kl Motion Picture Sdn. Bhd akan disiarkan pada Jumaat, 28 April 2023 jam 8:30 malam di TV9. Skrip ditulis oleh Hafiz Yusuf dan Baizura Kahar manakala pengarahnya ialah Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Sinopsis Masihkah Ada Raya Buatku

Zul yang tidak lagi menyambut Hari Raya sejak isterinya, Azura, mengalami strok dan lumpuh separuh badan. Zul memfokuskan hidupnya untuk menjaga isteri dan membesarkan anak-anak mereka, Zara dan Zabil, serta melakukan pekerjaan harian untuk menyara keluarga.

Anak-anaknya ingin mengembalikan kemeriahan raya, tetapi Zul melarang kerana risau kesihatan Azura. Zabil bekerja dengan Pak Tam pada bulan puasa untuk membeli baju raya untuk adiknya, tetapi Zul mengoyakkan baju raya tersebut sehingga anak-anak menangis. Azura membuka mata Zul tentang perangainya selama ini, dan mereka sekeluarga dapat merayakan Hari Raya dengan gembira seperti orang lain pada tahun itu.

Pelakon Masihkah Ada Raya Buatku

Nad Zainal, Fizz Fairuz, Qaseh Shuhada, Hadi Putra, Haeriyanto Hassan.

Related Articles

Back to top button