TelefilemTV9

Telemovie Man Rider

Telemovie Man Rider akan disiarkan pada Jumaat, 26 Mei 2023, pukul 8.30 malam di TV9.

Sinopsis Man Rider

Leman, seorang anak yatim piatu, mempunyai impian menjadi adiwira sejak kecil dan terus membawanya hingga dewasa. Impiannya menjadi kenyataan apabila motosikal kapcai milik datuknya, Tok Ayah, mendapatkan kuasa ajaib dari makhluk asing, membolehkannya terbang, berkata-kata, dan memiliki perasaan manusia.

Konflik bermula apabila Leman diberi arahan oleh seorang lelaki misteri melalui hologram untuk mencari Fatamorgana dan mengetahui asal usul Rider.

Bertemu dengan Fatamorgana dan Passola, Leman mula menyiasat Pertubuhan ke-7 (P7) yang sedang mencari pembelot di kalangan mereka.

Kehadiran misteri Dr. Husin dan masalah cinta Rider terhadap Passola menjadi isu yang perlu diatasi.

Pelakon Man Rider

Hamdan Senario, Azwan Kombos, Zara Zya, Ucop Cecupak, Shamsul Ghau Ghau

Related Articles

Back to top button