TelefilemTV Okey

Telemovie Lazuardi

Telemovie Lazuardi akan ditayangkan pada Khamis, 28 September 2023, 4.30 petang di TV Okey.

Sinopsis Lazuardi

Mengisahkan hasrat Mawar yang akan berkahwin dengan tunangnya, Jejai tidak kesampaian kerana Jejai ditangkap khalwat dengan Wani, bekas tunang Adam. Mawar malu dengan perkahwinan yang tidak jadi itu.

Sementara itu Lokman, abang Mawar terdesak mencari bakal pengantin lelaki untuk adiknya kerana dipaksa oleh kekasihnya Selly. Secara tidak sengaja mereka terjumpa Adam. Lokman memberitahu kepada Adam tentang perkahwinan Mawar yang tak jadi dan Adam merasa terpanggil untuk membantu. Adam melakukan solat hajat dan istikharah dan menerima petunjuk bahawa jodohnya dengan Mawar.

Lokman memberitahu ciri-ciri keperibadian Adam kepada Mawar menyebabkan Mawar tidak bersemangat dan terpaksa menerimanya sehinggakan Mawar merancang akan membuatkan Adam menceraikannya. Lokman bersetuju pada dasarnya kemudian dia merasa bersalah terhadap Adam kerana mempermainkannya yang sangat jujur itu sehinggakan Lokman memberitahu Adam tentang rancangan itu sebelum akad nikah. Adam kecewa dengan mereka kerana mempermainkan institusi perkahwinan.

Majlis akad nikah berlangsung dengan suasana harmoni dan meriah. Malamnya, Adam dan Mawar menghabiskan masa dengan cara masing-masing dan dan bercakap bila perlu sahaja. Sebelum subuh, Adam mempelawa Mawar untuk qiamulail bersama dan berdoa. Disebabkan kuasa doa pengasih ikhlas kerana Allah yang dibaca oleh Adam, Mawar gagal memberitahu untuk menceraikannya walaupun Adam memberi peluang untuk mengemukakan permintaannya dan akan ditunaikan.

Adam membawa Mawar yang masih bercuti kahwin ke pejabatnya kemudian ke pusat tahfiz dan Adam menunjukkan rumah yang dibina untuk isterinya. Mawar semakin terbuka hati terhadap Adam kerana persembahan Adam terhadapnya yang sangat berbeza berbanding Jejai.

Wani muncul kembali kepada Adam dan Adam memberitahu bahawa Adam sudah berkahwin dengan Mawar dan cerita antara Adam dan Wani sudah terkubur. Wani meminta Mawar untuk membenarkan Adam berpoligami dan dia bersedia menjadi isteri yang kedua.

Mawar risau Adam kembali tergoda dengan Wani dan dia berusaha untuk mengatasi Wani untuk mengambil hati Adam. Namun adakah Adam sedia berkahwin dengan Wani atau pun setia kepada isterinya?

Pelakon Lazuardi

Naufal Hatta, Alya Iman, Nazref Nazri, Fimie Don

Related Articles

Back to top button