TelefilemAstro Ria

Telemovie Kurung Kerawang Untuk Adik

Telemovie Kurung Kerawang Untuk Adik akan ditayangkan pada Jumaat, 12 April 2024, 11:00 malam di Astro Ria.

Sinopsis Kurung Kerawang Untuk Adik

Shazwi dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang dibebani dengan tanggungjawab untuk membesarkannya bersama tiga orang adiknya dan salah seorangnya adalah adiknya, Yana merupakan anak kurang upaya yang juga penghidap penyakit jantung kronik.

Semasa meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, Shazwi tanpa sengaja telah mencederakan mak ciknya, Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjara selama 2 tahun.

Selepas keluar dari penjara, Shazwi berhasrat untuk membeli baju kurung kerawang buat adiknya, Yana kerana telah berjanji.

Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan keyakinan dari masyarakat adalah satu cabaran kerana dia adalah bekas banduan.

Pelakon Kurung Kerawang Untuk Adik

Syafie Naswip, Noorkhiriah, Puteri Rafasya, Hariz Hamdan, Hafiz Nolan, Farhan Nordin, Idzham Ismail, Zarynn Min, Nasz Sally

Related Articles

Back to top button