Sinopsis Kayuh
Kisah Pak Rahman, seorang penarik beca yang bersifat patriotik dan pemurah. Sudah berpuluh tahun Pak Rahman mengayuh beca dalam mencari rezeki untuk keluarganya. Setelah kematian isterinya, hidup Pak Rahman terasa sunyi kerana dua anaknya iaitu Khalid dan Umar sudah besar dan mempunyai kerjaya masing-masing.
Setiap hari Jumaat, Pak Rahman akan membuat amal dan sedekah, di mana dia tidak mengenakan upah tambang kepada penumpang becanya. Sifat Pak Rahman yang baik budi pekerti dan pemurah itu membuatkan dia disenangi ramai orang termasuklah Dato’ Ibrahim, namun ada juga yang berasa cemburu dan melakukan khianat kepadanya.
Khalid menyalahkan ayahnya Pak Rahman atas kematian ibunya, kerana beranggapan Pak Rahman adalah orang tua yang degil. Atas salah faham yang berlaku, di samping tuduhan dan khabar angin yang dibawa oleh Epo Jenon, maka hubungan Khalid dan ayahnya mula renggang.
Umar sebagai anak yang bongsu, mencuba pelbagai cara untuk menjernihkan semula hubungan keluarga mereka, namun atas ego dan sikap degil, Khalid tetap tidak dapat menerimanya. Konflik seterusnya mula terjadi di dalam persatuan beca kerana masing-masing menganggap apa yang dilakukan oleh Pak Rahman itu boleh menyebabkan persatuan itu goyah, ditambah pula dengan tokok tambah cerita yang dibawa oleh Epo Jenon yang memfitnah Pak Rahman.
Pelakon Kayuh
Aman Graseka, Adam Shahz, Hanis Kamal, Ameerul Affendy, Noorkhiriah