TelefilemTV1

Telemovie Gadis Pasir Mas

Telemovie Gadis Pasir Mas akan ditayangkan pada Sabtu, 7 September 2024, 9:00 malam di TV1.

Sinopsis Gadis Pasir Mas

Ayai terpaksa bekerja di Kelantan atas arahan pakciknya, Baba. Ayai memang tidak suka dengan Kelantan. Di Kelantan, Ayai di bantu oleh Wan Hashim seorang pekerja syarikat.

Wan Hasyim memperkenalkan Ayai dengan Siti Bainun. Siti Bainun telah membawa Ayai berjalan sekitar Kelantan dan menunjukkan adat budaya yang ada di sana. Ayai mula suka pada Kelantan kerana Ayai seorang berjiwa seni. Ayai telah berjumpa dengan ayah Siti Bainun iaitu Pok Na untuk belajar silat.

Pok Na merasakan Ayai memang begitu minat dan mula mengajarnya. Hubungan Ayai dan Bainun mendapat tentangan abangnya Iwan. Iwan telah mencabar Ayai dan mereka bertarung di gelanggang silat. Walau pun Ayai tewas, tapi dia berani menyahut cabaran itu.

Pelakon Gadis Pasir Mas

Azizul Amar, Aween Ismail, Saidi Sabri, Asrulfaizal Kamaruzaman, Sabri Yunus, Zee Khan Hussein

Related Articles

Back to top button