TelefilemTV1

Telemovie Durjana Pujaan

Telemovie Durjana Pujaan akan disiarkan pada Sabtu, 22 April ini, jam 9:00 malam. Skrip ditulis oleh Amin Masyur dan pengarahannya oleh Wan Afzam Wan Daud.

Sinopsis Durjana Pujaan

Mengisahkan dua adik beradik yang berusaha memperbaiki kehidupan di bandar yang menyesakkan. Kadir, seorang pelajar pintar terpaksa bekerja siang malam untuk mengumpulkan duit untuk pembedahan mata abangnya yang rabun teruk dan bekal untuk pulang ke kampung. Namun, kehadiran Nur membuka ruang hati Kadir untuk menyambung pelajarannya dan Tahir, abangnya yang baru keluar dari penjara, terpaksa tinggal bersama Kadir kerana kondisi matanya.

Walaupun mereka berbaik semula, rahsia gelap Kadir dan Tahir diketahui Nur dan hubungan Kadir dan Nur terpaksa berpisah. Namun, hikmah perpisahan ini membawa perubahan pada Kadir yang bertanggungjawab dan berusaha meneruskan cita-citanya. Tetapi, dapatkah Kadir mengubah pendirian Tahir untuk menjalani pembedahan matanya?

Pelakon Durjana Pujaan

Zahiril Adzim, Ammar Titan, Kazar, Balkisyh Semundur Khan, Sabri Yunus, Haziq Bukit Selambau, Hanna Aqeela, Amerul Effendi, Azhan Rani

Related Articles

Back to top button