TelefilemTV1

Telemovie Denting Cinta

Telemovie Denting Cinta akan ditayangkan pada Sabtu, 11 November 2023, 9:00 malam di TV1.

Sinopsis Denting Cinta

Kisah wanita separa usia iaitu Cikgu Halimah yang mempunyai penyakit Alzheimer dan mengalami mengalami simptom kehilangan memori. Wataknya digambarkan sebagai individu yang mudah resah dan mula berkeliaran serta adakalanya akan menjadi lebih agresif. Selain itu, dia juga akan sentiasa mengucapkan sesuatu dan melakukan sesuatu secara berulang-ulang.

Sementara itu, Darwish merupakan salah seorang daripada anak Cikgu Halimah rasa bertanggungjawab mahu menjaga emaknya, yang menghidap penyakit Alzhaimer tersebut.

Apatahlagi bila mengenangkan emaknya juga sentiasa memerlukan bantuan bagi mengendalikan rutin harian seperti mandi, memakai pakaian, makan dan menggunakan tandas. Sesuatu aktiviti yang mudah untuk kita lakukan akan menjadi sesuatu yang sukar bagi penghidap Alzheimer.

Darwish kemudiannya mengambil Dahniah sebagai pembantu emaknya. Dahniah bersetuju untuk menjaga Cikgu Halimah kerana wanita itu pernah menjadi penjaganya sewaktu Dahniah bersekolah rendah. Mampukah Dahniah menggalas tanggungjawab tersebut?

Pelakon Denting Cinta

Fadlan Hazim, Isyariana, Laila Nasir, Effa Nareesha

Related Articles

Back to top button