Telefilem

Telemovie Cik Cinderella Dan Encik Tengku Raya

Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku Raya

Puteri & Daniel akhirnya sudah berumahtangga dan dikurniakan seorang anak, Qayyum. Jee & Kak Tim pula akan melangsungkan perkahwinan mereka dengan pilihan masing-masing, tetapi tidak mengetahui bahawa pasangan mereka adalah bekas kekasih Jee & Kak Tim. Puteri lah yang terpaksa meleraikan pergaduhan mereka. Tanpa pengetahuan Puteri, Daniel sebenarnya mengidap penyakit Brugada Syndrome. Dia berkeras ingin merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan keluarga kerana khuatir mereka akan risau. Banyak perkara yang mencurigakan berlaku kepada Daniel seperti tiba-tiba pengsan dan berhenti kerja sehinggakan Puteri syak bahawa Daniel curang di belakangnya. Pada hari Majlis Sambutan Hari Raya di sekolah Qayyum, Daniel telah jatuh pengsan dan dibawakan ke hospital.

Pelakon Cik Cinderella Dan Encik Tengku Raya

Shukri Yahaya, Zahirah Macwilson, Ku Fridah, Eizlan Yusof, Marissa Yasmin

Related Articles

Back to top button