TelefilemTV3

Telemovie Beruk Tok Ayah

Telemovie Beruk Tok Ayah akan ditayangkan pada Sabtu, 29 Julai 2023, jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3.

Sinopsis Beruk Tok Ayah

Tok Ayah yang tinggal seorang diri selepas kematian isterinya. Dia memiliki seekor beruk kesayangan yang dipanggil Comel, yang membantu mendapatkan pendapatan dengan memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai anak bernama Hisham yang sudah berkahwin dengan Junaidah, seorang yang tergila-gila dengan judi laga ayam. Hisham membenci Comel dan menganggapnya sial, dan percaya Comel adalah punca kematian ibunya serta penyebab Tok Ayah enggan menjual tanah pusaka.

Selain dari memetik kelapa, Tok Ayah juga mengajar Dikir Barat dan berkonflik dengan Jusoh Rani, seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden. Jusoh juga bermusuhan dengan Hisham yang telah merampas Junaidah, kekasih lama Jusoh.

Namun, keadaan menjadi gembira apabila Tok Ayah dijaga oleh anak angkatnya, Syukor, dan kekasihnya, Lia. Namun, keadaan bertambah teruk apabila Comel ditemui mati. Siapakah yang bertanggungjawab atas kematian Comel?

Pelakon Beruk Tok Ayah

Syafie Naswip, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su, Intan Ladyana, Azhan Rani.

Related Articles

Back to top button