Filem2020sTonton

Filem Town Mall 2 (2024)

Filem Town Mall 2 akan ditayangkan pada 17 Januari 2024 di Tonton.

Sinopsis Town Mall 2

Ariani, seorang Pengurus Projek di syarikat binaan, Permata Berhad. Ariani telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan projek bagi menyambung semula pembinaan Bangunan Town Mall. Projek tersebut telah terbengkalai buat kali ketiga setelah gangguan mistik serta kematian pengurus projek yang bernama Rusdi yang berlaku enam bulan yang lepas.

Khidmat pawang untuk mengusir entiti paranormal yang bertapak di bangunan tersebut telah dilaksanakan sebagai usaha untuk melancarkan kerja-kerja pembinaan. Namun, ia seperti sia-sia sahaja kerana masalah gangguan masih berlaku. Cermin pecah adalah antara kejadian yang menyukarkan projek ini.

Gangguan tidak terhad di lokasi bangunan itu sahaja. Sejak menguruskan projek Town Mall itu, Ariani juga sering mendapat mimpu yang berulang. Ia seperti memberinya suatu petunjuk. Namun, pastinya, ia tidak semudah mendapat mimpi sahaja untuk menyelesaikan masalah mistik ini.

Mampukah Ariani kekal kental untuk menyiapkan projek ini atau adakah dia juga akan berdepan dengan nasib yang sama seperti Rusdi?

Pelakon Town Mall 2

Tiz Zaqyah, Alif Satar, Chacha Maembong, Dato’ Jalaluddin Hassan

Related Articles

Back to top button