Filem2010s

Filem Sumpahan MJ 12 (2014)

Sinopsis Sumpahan MJ 12

Dari pengarah Misteri Jam 12 Kronik yang ditayangkan di suria. Berdasarkan kisah-kisah yang anda dengar dalam misteri Jam 12 di Ria 89.7FM Singapura.

Wanita Berjubah Hitam
Cerita ini mengisahkan seorang wanita, Nora yang berjaya. Nora mendapat gangguan apabila perniagaannya mula berkembang. Beberapa kejadian pelik menimpanya. Mia, pekerjanya merupakan yang pertama mengalami pertemuan dengan seorang wanita berjubah hitam. Adakah ini akibat daripada perbuatan manusia?

Sumpahan Ibu Mertua
Kisah mengenai seorang mertua yang menyihir menantunya demi kepentingan dan kepuasan hatinya sendiri. Ini menyebabkan rumahtangga anaknya berpecah belah. Dapatkah Farhana melawan sihir ibu mertuanya.

Makcik Keropok
Berkisahkan tentang pasangan Iza dan Adnan dari seberang tambak yang ingin memulakan hidup baru di sini. Mereka memilih untuk menyewa sebuah rumah, Iza sering dikunjungi seorang makcik yang menjual keropok. Adnan pula diganggu semasa dia bertugas. Adakah makcik penjual keropok ini benar-benar wujud? Apakah kisah disebalik Makcik keropok ini?

Related Articles

Back to top button