Filem2020s

Filem Sumpahan Malam Raya (2023)

Filem Sumpahan Malam Raya akan ditayangkan pada 22 April 2023. Skrip ditulis oleh Azlan Syah Rashid, diarahkan oleh Dato Prof Dr A Razak Mohaideen dan diterbitkan oleh Veedu Production Sdn Bhd & MGE Production Sdn Bhd.

Sinopsis Sumpahan Malam Raya

Syawal dan Tania melarikan diri ke Pulau Carey daripada bapa Malik, seorang Taiko Besar Kuala Lumpur yang mengejar mereka. Syawal menipu Amir, adik ayah Malik untuk mendapatkan wang, dengan menjual ubat kuat batin yang palsu.

Semua bermula apabila Syawal mengetahui bahawa arwah bapanya meninggalkan banglo pusaka di Pulau Carey. Mereka pergi ke sana secara rahsia semasa Hari Raya Aidilfitri.

Di banglo pusaka yang kelihatan menakutkan itu, mereka disambut oleh Adam dan Misha, penjaga sementara banglo tersebut. Mereka berempat membuat keputusan untuk menjadikan banglo itu sebagai motel/homestay dengan nama Singgah Sini.

Peristiwa aneh dan menakutkan mula berlaku di banglo itu. Setiap pengunjung atau pelanggan yang menginap pasti mati. Mereka berempat yang terkejut dengan kejadian itu, menanam mayat-mayat tersebut agar tidak diketahui oleh polis.

Setelah beberapa jenazah dikuburkan, muncul seorang lelaki tua yang pelik (Tok) dan semua mayat yang dikuburkan sudah tidak ada. Kemudian, Amir bersama dengan kumpulan samseng ayah Malik tiba di banglo itu, menambahkan lagi ketegangan di situ.

Berjaya kah mereka berempat menyelesaikan misteri dan melarikan diri dari cengkaman ayah Malik dan Amir?

Pelakon Sumpahan Malam Raya

Danes Kumar, Vanidah Imran, Atu Zero, Soo Wincci, Yusry Abd. Halim, Megat Terawis, Reen Rahim, Lisa Surihani, Yassin Senario, Bell Ngasri, Saiful Apek, Nora Danish, Danial Zaini, Ropie, Rita Rudaini.

Related Articles

Back to top button