Filem1990s

Filem Sembilu 2 (1995)

Sinopsis Sembilu 2

Selepas peristiwa yang berlaku dahulu, Azman telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana kesalahannya mengupah orang membakar rumah Awie. Masa beredar begitu pantas. Wati telah menamatkan pengajiannya di universiti dan mula bekerja sebagai pengurus di syarikat arwah ayahnya. Dalam masa yang sama, hubungannya dengan Awie terus berjalan. Mereka merancang untuk melangsungkan pertunangan, namun kesibukan masing-masing menyebabkan rancangan itu sering tertangguh. Selang tidak berapa lama, Azman (abang Wati) dibebaskan dari penjara. Sifatnya bertukar menjadi pendiam. Riak wajahnya bagaikan menyimpan seribu misteri. Kemunculan Azman menjadikan Awie resah. Kisah-kisah silam bagaikan menghantui hidupnya.

Pelakon Sembilu 2

Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Mustapha Kamal, Zulkifli Khan

Related Articles

Back to top button