Filem2020s

Filem REBEL: Berontak Untuk Berotak (2024)

Filem REBEL: Berontak Untuk Berotak akan ditayangkan pada 2 Mei 2024 di pawagam.

Sinopsis REBEL: Berontak Untuk Berotak

Mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka dan Bono, meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.

Luka, seorang pemuda yang berasal dari penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan di kelilingi elemen-elemen yang tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism. Walaupun berasal dari persekitaran sedemikian, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan yang normal. Luka bagaimanapun mempunyai satu sifat yang membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan matanya

Pada masa sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman di situ. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibunya. Pergaduhan itu tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.

Pelakon REBEL: Berontak Untuk Berotak

Ben Amir, MK K-clique, Dato Awie, Shikin Kamal, Azlan Komeng, Fahd Majid, Jesse Lim, Razif Salimin, Ruzaidi Abdul Rahman, Nor Albaniah, Merah, Ellysa Ramlee, Izhan Fahmi

Related Articles

Back to top button