Filem2020sTonton

Filem Pukul Mersing (2023)

Filem Pukul Mersing akan ditayangkan pada 25 Oktober 2023 di Tonton.

Sinopsis Pukul Mersing

Sebuah kisah pengembaraan tiga sekawan dalam menemui erti persahabatan dan ilmu persilatan yang sebenar.

Fawwaz mahu mencari makna sebenar nilai persilatan dan guru yang mampu menurunkan ilmu ‘Buah Pukul Mersing’. Jazzlan dan Ammar, rakan kolej dan juga teman serumah Fawwaz aktif membuat video di YouTube dan mahu membongkar ilmu persilatan yang dipengaruhi unsur gangterisme.

Bagi membuktikan tanggapan kawan-kawannya salah, Fawwaz mengajak mereka mencari dan mengenali makna persilatan yang sebenar. Persahabatan Fawwaz, Jazzlan dan Ammar diuji selepas mereka bertiga pergi ke Mersing bagi mencari guru ‘Buah Pukul Mersing’. Dalam pengembaraan tersebut, mereka mengenali erti pengorbanan, semangat setia kawan dan nilai persilatan yang sebenar.

Pelakon Pukul Mersing

Adlin Aman Ramlie, Fadhli Masoot, Izzy Reef, Cik B, Wanns Ahmad, Azzam Sham, Ziha Salleh, Farisha Iris, Niezam Zaidi, Nam Ron.

Related Articles

Back to top button