Sinopsis Pekik
Studio Pixels Sdn. Bhd membawakan filem dokumentari khas yang diberi nama Pekik. Filem ini menceritakan sejarah scene muzik underground Malaysia.
Pada akhir tahun 80-an dan 90-an, muzik underground yang melibatkan band-band indie menjadi popular dan berkembang pesat dalam industri muzik di Malaysia. Kehadiran band-band indie seperti Butterfingers, OAG, Monoloque, Hujan, Blind Tribe dan banyak lagi memberikan impak yang besar dalam perkembangan muzik di negara ini.
Fareeq Alias, penerbit filem tersebut, menjelaskan bahawa Pekik adalah naskhah yang menggambarkan kisah muzik rock indie di Malaysia dari sudut pandang ahli-ahli band itu sendiri. “Filem dokumentari ini menggabungkan temu ramah dan footage persembahan band dalam usaha menjejak perkembangan scene underground di negara ini bermula akhir 80-an sehinggalah meletusnya fenomena muzik indie sekitar dua dekad selepas itu,” katanya.
Fareeq Alias menambah bahawa Pekik juga cuba untuk menyingkirkan mitos negatif yang sering menyelubungi scene ini dengan menggambarkan subkultur ini dengan lebih tepat melalui perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak scene atau mereka yang terbabit dengan muzik ini. Filem dokumentari selama dua jam itu memaparkan berpuluh-puluh temu bual dengan pemuzik rock bebas lama dan baharu, dan rakaman konsert utama yang melibatkan kumpulan ini selama beberapa dekad.
Band Yang Terbabit Dalam Pekik
Radhi – OAG, Tam – Blind Tribe, Azmyl Yunor – The Maharajah Commission, Emmett – Butterfingers/Emmett I, Aru Peruzza – Koffin Kanser/Republic of Brickfields, Nervedeless, Francis Wolf – Spunky Funggy, Fathullah Luqman – Spiral Kinetic Circus/Infectious Maggots, Couple, Rom Mohd Nor – ROTTW, Izzat Uzaini – Hujan, Private Whizz, Loque – Butterfingers/monoloQue, Sekumpulan Orang Gila (SOG), Strikeout, Dead Mushroom, Myo – Muck/Bodysurf Music, Restraint, Naratu, Motherland, BB Noise.